Tuesday, January 5, 2010

RENTETAN MAJLIS REUNION SMKDHH 87

RENTETAN MAJLIS REUNION SMKDHH 87

MAJLIS INI TELAH DIRANCANGKAN PADA BULAN SEPTEMBER 2009 OLEH AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA. SEMASA PERBINCANGAN AWAL DIBUAT , TERDAPAT BANYAK CADANGAN TARIKH DIBUAT NAMUN HASIL PERBINCANGAN LANJUT , SETELAH PINDAAN DEMI PINDAAN TARIKH DIBUAT, SELURUH AHLI JAWATANKUASA SEBULAT SUARA MEMILIH 25 HB DISEMBER 2009 DILAKSANAKAN MAJLIS INI.

SEPANJANG TEMPOH 3 BULAN SEBELUM MAJLIS, BANYAK PERANCANGAN TELAH DIBUAT OLEH AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS.

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TELAH DIBUAT SECARA RASMINYA PADA AWAL BULAN OKTOBER 2009 YANG MELIBATKAN SERAMAI 10 ORANG AHLI JAWATANKUASA.

PADA PERINGKAT PERMULAAN , SELURUH AHLI JAWATANKUASA MENCADANGKAN MAJLIS HANYA DIHADIRI OLEH BEKAS PELAJAR SMKDHH YANG HANYA BERSEKOLAH DI SMKDHH TAHUN 2004 DAN LAHIR PADA TAHUN 1987 SAHAJA KERANA MAJLIS INI HANYA SEBAGAI TITIK PERMULAAN BAGI AHLI – AHLI JAWATANKUASA MENGENDALIKAN MAJLIS. TETAPI SAMBUTAN YANG DITERIMA AMAT MENGALAKKAN DAN HAL INI MENYEBABKAN PENYERTAAN DIBUKA UNTUK SEMUA BEKAS PELAJAR YANG LAHIR PADA TAHUN 1987 DAN BERSEKOLAH DI SMKDHH PADA TAHUN 2000 – 2004.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS JUGA TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA MAJLIS DIADAKAN DI DEWAN MAJLIS DAERAH SELAMA BERIKUTAN PENYERTAAN YANG MENGALAKKAN. SALAH SEORANG AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA TELAH MERANCANG UNTUK DIJEMPUT WARTAWAN DARI AKHBAR SINAR UNTUK MEMBUAT LIPUTAN NAMUN TERDAPAT IDEA YANG LEBIH BAIK IAITU DIADAKAN BLOG UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG AKTIVITI DAN INFO TERKINI DIMUAT TURUN.

JUMLAH AHLI YANG MENDAFTARKAN UNTUK MENGHADIRI MAJLIS ADALAH SERAMAI 42 ORANG.

PADA 24 HB DISEMBER 2009 , SELURUH AHLI JAWATANKUASA TELAH MEMBUAT PERSIAPAN MAJLIS , TERUTAMA DI DALAM DEWAN.
RIBUAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA AJK-AJK YANG SUDI MEMBERI KERJASAMA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM REUNION TERSEBUT

No comments:

Post a Comment